HR WANI ! :)

ENTRY ABOUT NEWER OLDER

4 March 2015 (I'm Billionaire)
Homeroom pelajar tingkatan 4 dikehendaki berkumpul di pusat islam untuk menjalankan slot bersama Badan kepimpinan Pelajar. Setiap Homeroom diberikan satu jenis bahan seperti gunting, kertas, tali, gula-gula, pinggan dan sebagainya.

Kemudian, setiap homeroom dikehendaki membeli bahan-bahan tersebut daripda homeroom yang memilikinya. Seterusnya, setiap homeroom perlu menghasilkan sekurang-kurangnya satu produk. Homeroom kami telah menghasilkan produk yang begitu menarik iaitu mentol gantung.

Akhir sekali, setiap homeroom perlu menjual produk tersebut kepada BKP atau mana mana homeroom yang mahu membelinya. Walau bagaimanapun, homeroom kami telah ditolak RM10.00 kerana gagal menjualnya.