HR WANI ! :)

ENTRY ABOUT NEWER OLDER

17 Februari 2015 (Perjumpaan Homeroom)
Satu perjumpaan telah diadakan bersama guru homeroom. Perjumpaan ini bertujuan untuk melengkapkan carta organisasi homeroom. Kami juga membincangkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama guru homeroom untuk meningkatkan jumlah merit yang sedia ada. Di samping itu, perjumpaan ini diadakan untuk mengeratkan ukhwah sesama ahli homeroom dan guru sebagai ganti bagi pertemuan pertama kami yang diadakan ketika ketiadaan guru iaitu pada 16 februari 2015.


Akhir sekali, Cikgu Asmawani meminta pada semua anak homeroomnya untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing agar misi dan visi Homeroom dapat dicapai dengan jayanya.