HR WANI ! :)

ENTRY ABOUT NEWER OLDER

6 Januari 2016 & 7 Januari 2016 - Lawatan Homeroom ke Ulu Legong Baling, Kedah
Pada pagi itu, sekitar pukul 9 pagi, kami bersarapan nasi lemak sebelum bertolak ke destinasi. 

Pada pukul 11.30 pagi, kami bertolak ke destinasi .


Lebih kurang pukul 2.30 petang, Alhamdulillah kami telah selamat sampai ke destinasi. Permandangan di sini sangatlah cantik dan menarik. Apabila tiba,  kami menjamu selera iaitu nasi kandar. Nyumnyum..





Setelah selesai menjamu selera, Cikgu Asmawani telah membahagikan kami kepada bilik masing-masing. Kami diberi masa untuk berehat dan solat.

Pada pukul 5.30 petang kami  bergerak ke dewan makan untuk membuat barbeque.


Sementara menunggu arang siap dibakar, kami  berjalan-jalan sekitar perkampungan tersebut.



Arang sudah siap dibakar.. Tiba masanya untuk kami berBaquee yahoo



Syamir , Aniq dan Cikgu Asmawani begitu semangat  memastikan ayam-ayam tersebut masak :)


Makanan yang telah disediakan oleh pemilik homestay.


Ayam , udang . hotdog yang siap dibakar.

Kami menjamu selera pada pukul 8.00 malam. 

Pada pukul 9.00 malam , kami bergerak ke Kolam Air Panas. 



Keesokan harinya,  kami telah menyewa basikal dan berbasikal sekitar kampung tersebut. Wuu kami begitu seronok kerana sudah lama tidak berbasikal.




Cikgu Asnor juga turut serta berbasikal bersama kami.


Pada pukul 11 pagi, sekali lagi kami telah pergi mandi kolam air panas kerana pada waktu itu mereka tidak mengenakan sebarang caj.






Pada pukul 1.00 pagi , kami menjamu selera di dewan makan.


Setelah selesai menjamu selera, kami pun bergerak pulang dan tiba di maktab pada pukul 3.00 petang.