5 Januari 2016 - Taklimat Homeroom
Pada hari ini, semua pelajar MRSM dikehendaki untuk duduk di dalam homeroom masing-masing. Taklimat homeroom ini disampaikan oleh .... tak lain tak bukan Penyelaras UPHR iaitu Cikgu Aina Bt Mad noh :) Pertama sekali cikgu Aina membincangkan tentang post mortem Malam Anugerah Homeroom 2015.. Cikgu Aina meminta agar kami membuat post moterm seperti mengapa kita menang malam itu? Mengapa kita tak menang malam itu? Pertanyaan-pertanyaan seperti ini hendaklah ditanya apabila perjumpaan bersama guru homeroom nanti. Cikgu Aina membincangkan inovasi yang telah dilakukan pada tahun lalu seperti jurnal ahli homeroom, jurnal guru homeroom, WhatsApp homeroom dan program inovasi homeroom. Bak kata cikgu semua homeroom telah memberikan kerjasama yang baik dalam melakukan inovasi tersebut . Kemudian, setiap AJK Merit homeroom dibekalkan dengan borang merit , Tahun baru, borang merit pun dengan gaya yang baru.
Pelbagai perancangan unit UPHR telah dibentangkan dan kami semua memberikan respons yang baik.
Tahun lepas, homeroom kami telah bergelar Homeroom Terbilang. Kami berharap agar tahun ini kami memperoleh pencapaian yang lebih baik. InsyaAllah , amin..
Imbasan wajah-wajah kegembiraan pada Malam Anugerah Homeroom 2015